Wednesday, May 27, 2009

Comment about Man Utd player...


Edwin Vann Der Sar
Persembahan Van Der Sar boleh dikatakan dalam rating sederhana. Beberapa tangkapan hasil daripada percubaan Messi dan Xavi tidak dapat ditangkap kemas. Walaupun berjaya menghalang beberapa percubaan Barca, Van Der Sar melakukan kesilapan besar dimana
hanya melihat bola tandukan Lionel Messi menerjah gawang sekaligus sebagai gol
kedua Barca dan perlawanan itu.


Patrice Evra
Permainan Evra amat mengecewakan. Evra dijangka boleh membantu bahagian sayap sebaliknya hanya banyak mengawal bahagian bawah dan beberapa kali terlepas overlaping yang dilakukan Carles Puyol.


Rio Ferdinand
Ferdinand adalah salah seorang pemain yang boleh dikatakna banyak mengawal dan menghalang pergerakan pemain seperti Messi, Iniesta dan Henry. Kehebatan beliau mempelopori pertahan Man Utd tidak dapat disangkal lagi. Ferdinand banyak membantu bahagian pertahanan sebelah kiri disamping mengawal pergerakan lawan dibahagian tengah pertahanan.


Nemanja Vidic
Permainan Vidic pada awal perlawanan agak mengecewakan peminat Man Utd. Terlepas daripada mengawal Eto'o sehingga menyebabkan gol pertama Barca serba sedikit mencabar
kewibawaan Vidic sebagai diantara pertahanan pilihan pada perlawanan tersebut. Selain itu Vidic juga beberapa kali melakukan kesilapan seperti melakukan passing yang tidak sempurna, terlepas bola dan terlepas beberapa pemain Barcelona.


Park Ji Sung
Park Ji Sung merupakan salah seorang pemain Man Utd yang agak menyerlah. Tetapi gerakan
demi gerakannya berjaya disekat Gerard Pique. Walaubagaimanapun terdapat beberapa gerakannya yang berjaya mencemaskan pertahanan Barca. Cuma nasib tidak menyebelahi.


Wayne Rooney
Rooney tidak seperti yang dijangkakan akan membolosi gol Barca. Sebaliknya Rooney lebih banyak bermain dibahagian sayap dan hanya mengumpan bola untuk Ronaldo. Kelincahannya juga serba sedikit dapat membolosi pertahanan Barca tetapi hanya beberapa percubaan dapat dilakukan. Walaubagaimanapun Rooney kurang menyerlah dalam perlawanan ini.

Cristiano Ronaldo
Merupakan pemain yang sering diberi tumpuan.
Pada final menentang Barcelona, Ronaldo dikawal ketat oleh Puyol. Setiap pergerakan
Ronaldo berjaya dikekang oleh Puyol. Ronaldo hanya berjaya melakukan beberapa percubaan
semasa awal perlawanan sahaja. Pada minit-minit hujung perlawanan Ronaldo dilihat semakin
hilang tumpuan dan banyak terperangkap dalam keadaan Offside.

No comments:

Post a Comment