Thursday, May 28, 2009

BARCELONA PLAYER COMMENT


Andres Iniesta

Iniesta seorang pemain yang berkebolehan mengelirukan pihak lawan dan permainan yang agak pantas. Kepantasan Iniesta beberapa kali dapat memperdaya Carrick, Giggs dan Vidic.
Iniesta juga melakukan beberapa percubaan jarak jauh yang menguji ketangkasan Van Der Sar.


Samuel Eto'o

Kelincahan, kepantasan dan sepakan deras Eto'o telah dibuktikan dalam perlawanan ini.
Penyerang dari Cameroon ini menjaringkan gol ketika permainan baru berusia 10minit.
Menggelecek melepasi Carrick, Evra dan Vidic kemudian melepaskan sepakan kencang
menundukkan Edwin Van Der Sar.


Thierry Henry

Permainan Henry agak 'sejuk' dan hambar. Hanya beberapa kali dapat melepasi pertahanan Man Utd. Pada minit ke 80 beliau digantikan dengan kemasukan Seydou Keita.


Xavi Hernandez

Xavi antara pemain yang mampu mempelbagaikan pergerakan. Xavi juga berjaya membuat beberapa umpanan untuk membuka peluang kepada Messi dan Eto'o untuk menjaringkan gol.
Hantaran lintang Xavi pada minit ke 70 berjaya disudahkan oleh Messi.


Carles Puyol

Menggalas tanggungjawab sebagai ketua pasukan Barcelona dan bek kanan menggantikan ketiadaan Daniel Alves kerana digantung satu perlawanan akibat susulan kad kuning dua perlawanan. Puyol bermain dengan agak baik lantas membina semangat rakan2 sepasukan.
Beberapa overlapping yang dilakukan sekali sekala berjaya mengkucar kacir pertahanan Man Utd. Puyol juga terlepas satu peluang menjaringkan gol dimana Van Der Sar berjaya menyelamatkan bola yang terlepas dari pertahanan Man Utd sebelum berlaku pergelutan antara
Puyol dan Van Der Sar. Puyol juga hampir menjaringkan gol hasil sepakan penjuru yang diambil oleh Xavi, tetapi tandukannya berjaya ditangkap kemas oleh Van Der Sar.


Gerard Pique
Pique pemain hasil dari akademi Man Utd, berpindah ke Barca pada awal musim. Bermain dengan baik dalam perlawanan ini. Berjaya menegkang kelincahan Tevez, Park Ji Sung dan Rooney. Pique juga dapat mengawal bahagian bawah dan melakukan beberapa perangkap offside.


Lionel Messi

Permainan Messi agak hambar pada minit2 awal perlawanan. Namun, Messi mula dapat membaca permainan Man Utd menjelang 20-30min perlawanan. Messi berjaya menjaringkan gol kedua Barcelona pada minit ke 70 melalui tandukan yang mengelirukan.



No comments:

Post a Comment