Thursday, May 28, 2009

My Sweetheart


My Sweetheart Intan Nadia

Inilah insan buah hati pengarang jantungku.
Masa aku suka, duka, sedih, pilu, sepi, keseorangan,

masa aku perlukan seseorang, dialah yang jadi penawar.
Selalu buat aku ketawa.
Selalu dengar masalah aku.
Kadangkala merajuk.
Ada masa marah.
Adakala pula amat penyayang.
Ada masanya tempatku mengadu.
Setiap sesuatu pasti dia ada menemani aku.
Thanks for being my love dear.
Love U So Much...

BARCELONA PLAYER COMMENT


Andres Iniesta

Iniesta seorang pemain yang berkebolehan mengelirukan pihak lawan dan permainan yang agak pantas. Kepantasan Iniesta beberapa kali dapat memperdaya Carrick, Giggs dan Vidic.
Iniesta juga melakukan beberapa percubaan jarak jauh yang menguji ketangkasan Van Der Sar.


Samuel Eto'o

Kelincahan, kepantasan dan sepakan deras Eto'o telah dibuktikan dalam perlawanan ini.
Penyerang dari Cameroon ini menjaringkan gol ketika permainan baru berusia 10minit.
Menggelecek melepasi Carrick, Evra dan Vidic kemudian melepaskan sepakan kencang
menundukkan Edwin Van Der Sar.


Thierry Henry

Permainan Henry agak 'sejuk' dan hambar. Hanya beberapa kali dapat melepasi pertahanan Man Utd. Pada minit ke 80 beliau digantikan dengan kemasukan Seydou Keita.


Xavi Hernandez

Xavi antara pemain yang mampu mempelbagaikan pergerakan. Xavi juga berjaya membuat beberapa umpanan untuk membuka peluang kepada Messi dan Eto'o untuk menjaringkan gol.
Hantaran lintang Xavi pada minit ke 70 berjaya disudahkan oleh Messi.


Carles Puyol

Menggalas tanggungjawab sebagai ketua pasukan Barcelona dan bek kanan menggantikan ketiadaan Daniel Alves kerana digantung satu perlawanan akibat susulan kad kuning dua perlawanan. Puyol bermain dengan agak baik lantas membina semangat rakan2 sepasukan.
Beberapa overlapping yang dilakukan sekali sekala berjaya mengkucar kacir pertahanan Man Utd. Puyol juga terlepas satu peluang menjaringkan gol dimana Van Der Sar berjaya menyelamatkan bola yang terlepas dari pertahanan Man Utd sebelum berlaku pergelutan antara
Puyol dan Van Der Sar. Puyol juga hampir menjaringkan gol hasil sepakan penjuru yang diambil oleh Xavi, tetapi tandukannya berjaya ditangkap kemas oleh Van Der Sar.


Gerard Pique
Pique pemain hasil dari akademi Man Utd, berpindah ke Barca pada awal musim. Bermain dengan baik dalam perlawanan ini. Berjaya menegkang kelincahan Tevez, Park Ji Sung dan Rooney. Pique juga dapat mengawal bahagian bawah dan melakukan beberapa perangkap offside.


Lionel Messi

Permainan Messi agak hambar pada minit2 awal perlawanan. Namun, Messi mula dapat membaca permainan Man Utd menjelang 20-30min perlawanan. Messi berjaya menjaringkan gol kedua Barcelona pada minit ke 70 melalui tandukan yang mengelirukan.



Wednesday, May 27, 2009

Comment about Man Utd player...


Edwin Vann Der Sar
Persembahan Van Der Sar boleh dikatakan dalam rating sederhana. Beberapa tangkapan hasil daripada percubaan Messi dan Xavi tidak dapat ditangkap kemas. Walaupun berjaya menghalang beberapa percubaan Barca, Van Der Sar melakukan kesilapan besar dimana
hanya melihat bola tandukan Lionel Messi menerjah gawang sekaligus sebagai gol
kedua Barca dan perlawanan itu.


Patrice Evra
Permainan Evra amat mengecewakan. Evra dijangka boleh membantu bahagian sayap sebaliknya hanya banyak mengawal bahagian bawah dan beberapa kali terlepas overlaping yang dilakukan Carles Puyol.


Rio Ferdinand
Ferdinand adalah salah seorang pemain yang boleh dikatakna banyak mengawal dan menghalang pergerakan pemain seperti Messi, Iniesta dan Henry. Kehebatan beliau mempelopori pertahan Man Utd tidak dapat disangkal lagi. Ferdinand banyak membantu bahagian pertahanan sebelah kiri disamping mengawal pergerakan lawan dibahagian tengah pertahanan.


Nemanja Vidic
Permainan Vidic pada awal perlawanan agak mengecewakan peminat Man Utd. Terlepas daripada mengawal Eto'o sehingga menyebabkan gol pertama Barca serba sedikit mencabar
kewibawaan Vidic sebagai diantara pertahanan pilihan pada perlawanan tersebut. Selain itu Vidic juga beberapa kali melakukan kesilapan seperti melakukan passing yang tidak sempurna, terlepas bola dan terlepas beberapa pemain Barcelona.


Park Ji Sung
Park Ji Sung merupakan salah seorang pemain Man Utd yang agak menyerlah. Tetapi gerakan
demi gerakannya berjaya disekat Gerard Pique. Walaubagaimanapun terdapat beberapa gerakannya yang berjaya mencemaskan pertahanan Barca. Cuma nasib tidak menyebelahi.


Wayne Rooney
Rooney tidak seperti yang dijangkakan akan membolosi gol Barca. Sebaliknya Rooney lebih banyak bermain dibahagian sayap dan hanya mengumpan bola untuk Ronaldo. Kelincahannya juga serba sedikit dapat membolosi pertahanan Barca tetapi hanya beberapa percubaan dapat dilakukan. Walaubagaimanapun Rooney kurang menyerlah dalam perlawanan ini.

Cristiano Ronaldo
Merupakan pemain yang sering diberi tumpuan.
Pada final menentang Barcelona, Ronaldo dikawal ketat oleh Puyol. Setiap pergerakan
Ronaldo berjaya dikekang oleh Puyol. Ronaldo hanya berjaya melakukan beberapa percubaan
semasa awal perlawanan sahaja. Pada minit-minit hujung perlawanan Ronaldo dilihat semakin
hilang tumpuan dan banyak terperangkap dalam keadaan Offside.

BARCELONA THE CHAMPION


CAPTION 1: BARCELONA THE CHAMPION!!!



CAPTION 2: WINNER CAPTURE



CAPTION 3: MESSI, INIESTA WITH CHAMPIONS LEAGUE CUP


CAPTION 4: ETO'OS GOAL


TAKEN FROM http://www.uefa.com

Tuesday, May 26, 2009

BARCELONA FOOTBALL CLUB


BARCELONA

I AM BARCA SUPPORTER!

Manchester United... Bukan sebab aku tak minat..
Tapi aku lebih minat Barcelona.
Coz Barcelona adalah pasukan Euro Terkuat Musim Ini..

Victor Valdes
Daniel Alves
Gerard Pique
Carlos Puyol
Eric Abidal
Seidou Keita
Xavi
Andres Iniesta
Lionel Messi
Samuel Etoo
Thierry Henry

Mereka akan berjuang...
Gudluck Barca..
But Man Utd can try their best..
Bermain atas semangat kesukanan and for GLORINESS...

BARCELONA VS MANCHESTER UNITED


VS

Sambungan 9 September

Intan Nadia & Asrulnizam
Owkey.. Lets continue..
Seperti yg sedia maklum dlm blog sblm ni, aku jmpe Intan and start berkawan dari Sagil.
Then afterthat, kitrg slalu jgk la spend time same2..
G bazar Ramadhan (actually Middle of September is fasting month).
Buat keje same2 kat library.
G makan malam kat cafe.
G photoshot jelajah melaka.
Pendek kata 50% drpd hidup kat campus dgn Intan...
And.... Finally, aku dengan beraninya bertempat dalam kereta kancil yg aku sewa masa hangout, jam 10.10pm mse otw blk UiTM aku mintak declaration dr dia.
Then, dia pun approve..
So, on 6 October 2007 is our Couple Declaration date...
Until now, we still together...
I Love Her So Much...
Intan Nadia...


9 SEPTEMBER 2007


9 SEPTEMBER 2007-AHAD

Aku masih ingat dan masih sangat segar dalam ingatan aku.
Hari ini aku ikot kawan2 aku g Sagil Waterfall. Mula2 aku taknak ikot. Aku ade date nak tgk wayang dengan lecturer tp, suddenly lecturer aku bz mgu 2 sbb ade UiTM audit. So, disebabkan cancel nak hang out dgn lec, aku pun follow la member2 aku (Bean, Izat, Dinho, Ijud) g waterfall.

8.00am (Bwh blok Tuah-kolej kediaman aku)

Budak2 geng2 gurl dah dok panggil2 dari bawah. Upenye dah terlambat bangun. Janji nak g waterfall kol 7.30am. Tapi da terlajak tdo... Kat bawah blok aku ade Fatin, Alia, Wafa and sorang gurl yg memang aku tak pernah tgk pn sblm2 tu..

8.30am


Geng boys turun dari blok. Jumpe geng2 gurl. Aku tbe2 je plak ntah nape jadi romeo arini tros g jmpe bdk yg aku tak kenal tu teros perkenalkan diri and salam. Then, aku baru tau that gurl jgk adalh Masscommers.. (manelah nak kenal, budak masscom bedge aku ade 300 orang). Opsss... Forget. Her name Intan Nadia...

10.00am (Shell Peringgit)


Masa ni si Ijud berenti isi myk kete. So bdk2 yg lain pun masuk dlm stall Shell beli pape yg patut sbg bekalan g Sagil tu.. Tapi..... Dengan tak semena2 aku g belanja Intan. Padahal baru kenal. Aku pun pelik, hari tu aku terlalu berani dgn gurl. Tapi takpelah.. Ade hikmah disebalik kejadian.

11.20am (Sagil)


Time ni detik2 ketibaan kitorg then nak mendaki naik ke atas . Mandi kat bawah tak adventure. Mandi kat atas ar best. Tgi ckit. Masa mendaki tu kitorang adela jgk amek2 gambar. Tapi aku slalu nak pose dgn Intan je.. Nape ntah aku ni.. Then mase duk berehat, aku dgn selamba n berani skali lagi, aku mintak je no phone Intan. Member2 aku pun perasan kau agak close dgn Intan mase tu.. Mesti nak usha.. Yelah.. Aku plak tgh single. So, bagi aku mmg tak salah klu aku nak usha. Usha2 pun aku tetap hormat lah. Takde la buat kurang ajar dgn gurl. Biar gentleman ckit nak usha gurl ni...

2.30pm (OTW balik, dalam kete Ijud)


Dalam kete aku asek sms je ngan Intan. Bukan dia yg start la. Aku yg gatal... Hehehe...


4.30pm (Blok Tuah)


Akhirnya kami sampai kembali ke UiTM... Hari ni bg aku agak best... Eyh... Bukan, Sangat best. Tak tau la.. Aku happy gle.. Maybe aku da dapat kawan baru...
Intan Nadia...

Lumrah Cinta


Tiap detik, tiap masa, tiap nafas, Setiap sesuatu yang tercipta, Sesungguhnya, setiap insan memerlukan seseorang untuk mencintai dan dicintai, Adakalanya, cinta itu kita tak dapat, Ada juga cinta yang datang kita tolak, Amat bertuah jika insan yang ingin dicinta dan mencintai saling terpaut, Seperti pucuk dicita ulam mendatang, Atau seperti bulan jatuh ke riba, Dan lebih nyata dan jelas lagi jika kita katakan....... "IBARAT MIMPI JADI KENYATAAN...''

Macam Mane Bley Jadi Masscommers?


Mesti member2 aku ramai yang agak pelik, kenapa aku bley jadi Masscommers...
Yang tak pelik tu takpe lah... Ermmm.. Macam ne nak mula ek? Ok2....
Macam ni. Mula2 biasalah dari kecik2 lagi cita2 nak jadi Doktor.
Tapi ape boleh buat, impian budak2. Dah tu ble masuk sekolah menengah plak, da tuka. Nak jadi engineer..
Nak jadikan cite, ble masuk form 4 aku amek la aliran sains tulen. Nak try la kononnye.. Amek Addmath, Biology, Physics, Chemistry... Tapi.....
Ble dah blaja, mak! Susah nak mampos. Bukan tak boleh blaja, tapi dgn malas aku lagi, dgn byk main2.
Hmmm.. Nak jadi engineer ape kalau Addmath manjang je marks 20%,30%. Memang tak ar!
So, mule lah aku gelabah dok fikir, apelah nak jadi. Tapi ble dah memuhasabah diri, aku pun tgk2 result2 test.
Ble tgk2 blk. BM and BI bley tahan.. Aku pun carilah ape aku nak. Lame jugak aku fikir. Macam2 aku fikir.
Takkan nak jadi sasterawan plak, takkan nak jadi kerani... Hmmm.. Rupe2nya adeplak bidang kewartawanan.
So, start dari ctu aku buat buat keputusan muktamad nak jadi orang yang bekerja dgn media....
Boleh la.. Walaupun aku tak sehebat n sepandai kawan2 yang lain, tapi aku still ade semangat nak blaja lagi.
Atleast aku dapat certificate Diploma,Degree and Master. Jadilah.. Then teruskan aje..
Pendek kata Rezeki ade dimana-mana selagi kita tak putus2 berusaha.... Betol tak???
So, from that moment, aku dah pun blaja dalam jurusan Media yang diberi nama Komunikasi Dan Pengajian Media @ Communication and Media Studies @ Masscomm(Mass Communication)...

Monday, May 25, 2009

Siapa aku?


Assalamualaikum,

First and foremost, mestilah nak introduce sape tuan empunya blog ni...
Nway, aku Asrulnizam Kadir. Member2 baru or lame yang tgk or bace blog ni hope masih kenal aku sape.. Member2 Sek.Keb.Kg Gelam, Sek. Men Agama Sultan Muhammad, Sek Men Keb Seri Tanjong, Seven Eleven (#437) Rambai Utama, UiTM Lendu Students, All Masscommers UiTM Lendu(July 2006-April 2009) amazingly 1st Masscomers in Malacca and fellow friends.

Aku dilahirkan pada 11 Februari 1988. (Now I'm 21st Years Old (2009)). Aku lahir di Hospital Besar Melaka. Membesar pun di Melaka jugak. sampai skrg aku still di Melaka. But InsyaAllah, July 2009 aku akan ke Shah Alam melanjutkan pelajaran aku dalam Communication and Media Studies Majoring Advertising(still Masscomers).

Aku agak baru jugak dalam bloging ni. Hope member2 yang bace or terbaca akan perbetulkan kalau2 ade yang tak betol dalam setiap blog yang aku tulis(type ler).. Nway i will further this blog upcoming from now..

Thank You.....