Saturday, June 27, 2009

Medical Check Up

25 Jun

Aku wat medical checkup utk masuk UiTM... Semuanya ok but....
ade yang menyedihkan... Tekanan darah aku tinggi.. 170.. Doctor tu cakap sepatutnya peringkat aku tak boleh lebih dari 140. Tapi aku da sampai 170... Perghh.. Tension aku.. Doctor nasihatkan aku supaya jaga pemakanan aku.. JANGAN MAKAN MAKANAN MASIN2 TERUTAMANYA SEAFOOD, FASTFOOD kene kurangkan. Then doctor nasihatkan aku supaya byk bersenam o bersukan... Huhuuhu.... Lain2 takde masalah. Pemeriksaan mata OK, Pemeriksaan warna OK, Tinggi 179cm(5'9), Berat 81kg (kene kurangkan lagi sikit, atleast 79kg)...
Ok. Thats all...

Tuesday, June 23, 2009

Kereta Idamanku...

MAZDA RX8

Ini merupakan salah satu kereta idaman aku. Aku ni minat kereta2 sport ni. Bukan RX8 ni je, aku minat Nissan Fairlady, Lamborghini Galardo, Audi TT Coupe.. Mmg aku minat.. RX8 ni kalau kat Malaysia harga dia RM180,000 (baru). Kalau secondhand dalam RM120 - 160 000 bergantung pada conditionnye. Hopefully aku akan dapat perolehi salah satu kereta idaman ni satu hari nanti.... Amiiiinnnn...

22 JUNE 2009


22 June aku pergi jumpa Intan. Intan pun dapat cuti. Best jugak la hari ni.. Kol 11 aku sampai Kota Damansara amek intan kat umah akak dia. Then g bank islam sbb Intan nak bayar yuran registration 4 kemasukan UiTM. Pastu kitorg g main bowling kat OU. Then ktorg g Shah Alam coz aku nak g tgk umah sewa kat sane.. Kitorg jumpe abg Aál(anuar zain pny sepupu). Dia yang tlg carikan umah aku. Coz dia agak close ngan family aku. Pastu, ptg kol 6 aku anta intan balik damansara. Sedeynye mase nak pisah lagi... Huhuuu... Hope mase cepat berlalu then kitorg dapat jumpe balik mse continue study kat Shah Alam. Another 2 weeks... Cant wait!
But aku happy sgt harini dpt jumpe insan yg aku sayang setelah lame tak jumpe... HOpe dia pun same...

Tuesday, June 16, 2009

Tawaran Degree

Huhuhu...
Antara hari yang menggembirakan aku lagi...
15 JUN 2009, Hamz yang tolong check kan..
Aku dapat tawaran sambung degree di UiTM Shah Alam..
Alhamdulillah syukur...
Akhirnya aku berjaya lanjutkan pelajaran aku ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Mudah-mudahan aku dapat grad on time...
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi dan Pengajian Media Periklanan.

Syukur..


P/s: Tahniah jugak buat semua kawan2 yg dapat sambung. Mane2 yg tak dapat, adelah hikmah
yang Tuhan akan bagi disebalik kejadian...

4 Flat

Alhamdulillah, Syukur kehadrat Allah SWT.
Semester terakhir aku di UiTM merupakan antara kenangan yang paling manis pernah aku alami di UiTM Lendu, Alor Gajah.
Result telah pun keluar pada 11 Jun 2009 jam 5.30pm dan syukur sgt2 aku dapat 4Flat...
Alhamdulillah... Bahagia tak terkata.. Intan pun dapat 4 Flat jgk... Syukur... Kami same2 berjaya.
Mudah-mudahan kami akan terus berjaya pada masa akan datang.

P/s: Kepada para sahabat handai yang dapat 4flat tahniah jugak. Then sape2 yg DL pun syabas.
Semoga korang semua teros sukses. Sesiapa yang kurang tu, jgn putus asa. Cuba lagi. Usaha
tangga batu, EH! Usaha tangga Kejayaan....

Sunday, June 7, 2009

Minat Yang Pelik...

Shahrukh Khan

Tentu dari dulu sampai sekarang ramai member2 aku tertanya2, betol ke aku ni peminat Shahrukh Khan. Jawapanye ye.. Start dari aku darjah 5 aku da tgk cite dia berlakon. Then tgk macam smart and best je. So, dah terminat nak wat macam ne.. Ni semua gara2 duk umah melayankan mum aku tgk hindustan la ni. Tak pasal2 dah terjebak. Mase mula2 dulu fanatik jgk la. Tapi sekarang ni aku rasa biasa2 je. Still minat but, klu minat gle2 pun dia bukan bagi aku duit. So, just enjoy klu tgk film2 dia. Nak kata jadi idola tu tak la. Cume aku kagum la dengan kejayaan2 dia, semangat dia dan lakonan dia. Bagi aku dia best sebab dia boleh jadikan lakonan dia tu macam REAL. Ble tgk cte dia, aku tak rasa aku tgk movie, Rase mcm btol2 dpn mate aku je. Hahaha... Ermm.. Still sampai sekarang ni aku masih minat lagi, cume kurang sikit la berbanding dulu. Nak minat2 sgt pun, bkn menjamin ape2 untuk mase dpan aku. Just aku jadikan mcm hobi jela. Mase2 lapang nak release2 tension ke, kdg2 tgk la film2 dia.
Bukan setakat dia sorang je aku minat lain2 mcm Akshay Kumar, Arjun Rampal, Rani, Kareena pun aku layan jgk. Asalkan tak membosankan aku..
Ok friends.. Clear? So, skrg hope da takde ape2 kemusykilan lagi dalam kepala hotak kawan2 aku semua ye.

Wednesday, June 3, 2009

Minat Baca Ke???


Caption: Ni Collection2 Novel Aku Tapi Tak Semua Ada...

Aku ni nak dikatakan minat membaca tu tak la. Tapi kalau novel2 ni layan jugakla.. Aku tak la banyak sgt novel. Antara novel2 yang aku ada:

-Mikhail (terbaru)
-Ini Suatu Cerita
-RRama
-Tak Tahu Antara Dua
-Kaki Bola
-Rahsia Mimpi
-Mantera Hitam
-Dekat Di Hati
-Badang
-Sumpahan Fasha
-Pemburu Puaka
-Angkara Saka
-Suhaila
-Sayang Tak Terucap
-Duyung
-33Hantu
-Dendam Semalam
-Sedetik Cinta
-Priiittt!
-Impiana1
-Impiana2
-Seungu Lavender
-Emilya Zulaikha
-Diari Bonda

Novel terbaru yang aku baca


Caption: Mikhail (Ramlee Awang Murshid)

Novel ni aku sedang baca lagi. Bagi peminat novel thriller or suspen, boleh la bace novel2 yang ditulis Ramlee awang Murshid ni... Banyak lagi novel dia yang best2. Antaranya; ADAM, Hijab Sang Pencinta, Ungu Karmila, Ranggau, Cinta Sang Ratu, Rahsia Perindu dan ade la banyak lagi. Novel2 yang ditulis Ramlee Awang Murshid ni boleh dikatakan dan dikelaskan 5bintang la.. Memang best2. Kalau tak caye beli dan baca..

Ape Yang Sedang Aku Buat...


Caption: Yakjud dan Makjud

Yakjud dan Makjud merupakan kisah yang masih menjadi tanda tanya kepada ramai orang terutamanya para Ulama. Kepada sesiapa yang tidak mengetahui siapakah Yakjud Makjud aku boleh beri info sikit untuk dikongsi bersama. Yakjud dan Makjud merupakan dua kaum yang lahir hasil dari keturunan Nabi Nuh a.s. Yakjud (Gog) dan Makjud(Magog) adalah kaum yang banyak melakukan kemusnahan dan bencana didunia. Oleh yang demikian Allah swt memerintahkan supaya Zulkarnain untuk membuatkan sebuah tembok mengelilingi dua buah gunung yang dipercayai terletak di banjaran Kaukasus untuk menyempadankan dan mengurung kaum tersebut. Dengan kelebihan yang telah Allah swt berikan kepada Zulkarnain maka dengan bantuan bala2 tenteranya, Zulkarnain membina tembok yang disaluti dengan tembaga yang dileburkan sebagai tembok yang mengurung dua kaum tersebut. Hingga ke hari ini, masih lagi terdapat pelbagai hujah mengenai Zulkarnain, Yakjud dan Makjud.
Untuk cerita lanjut atau ape2 pertanyaan boleh la tanye ye... Mana yang aku tau aku jawab dan yang mana aku tak tau takkan la aku nak jawab. Takkan nak menipu dan reka2 fakta.
Tak baik....


Caption: Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain

Buku ni merukapan sebuah dokumentari mengenai kaji selidik tentang kesahihan yang mengatakan Iskandar bukan Zulkarnain. Iskandar dikatakan adalah Raja2 zaman dahulu kala dan Zulkarnain pula adalah lelaki yang disebut di dalam Al-Quran yang mengurung kaum Yakjud dan Makjud... Segalanya dikupas dalam buku ini...

Ermmm... Buat ape yer..


Nampaknye ade lbh kurang sebulan lagi aku kat rumah ni..
Bosan yang melampau...
Nak g KL jmpe intan tp dia keje..
Then, klu dah g sane mane aku nak tido...
Takde tempat tinggal...
Duduk lah aku keseorangan dan kebosanan kat umah ni...
Nak klua slalu pun bukan mummy aku bagi..
Huarghhh!!!! Tension nye.....
Tak sabar nak g shah alam meninggalkan alam kebosanan ni...
Dengan dunia Melaka yang aku dah agak jemu...
Buat masa ni aku duk terperap kat umah...
Tiap2 hari buat keje umah je...
Kemas bilik, mop rumah, siram pokok2, mengecat, tgk tv and tdo...
BOSAN LARHHHHH!!!!!

Monday, June 1, 2009

Karaoke

Last Friday, aku, Naim dgn Naim Zain g karaoke kt MP.
2jam.. Perghh.. Sampai da takde suara da nyanyi...
Pastu ktorg g jalan2 sekitar Dataran and Mp.
7.30pm aku bawak dua2 member aku g makan Chicken Chop kat area Hospital Putra.
Amacam member2? Caya tak chiken chop ngan air buah kat tempat tu????
Nak g lagi roger la...
Then malam kitorg g Jonker Walk.
Jalan2. And.... Finally kitorg balik kol 10.30pm...