Wednesday, June 3, 2009

Ape Yang Sedang Aku Buat...


Caption: Yakjud dan Makjud

Yakjud dan Makjud merupakan kisah yang masih menjadi tanda tanya kepada ramai orang terutamanya para Ulama. Kepada sesiapa yang tidak mengetahui siapakah Yakjud Makjud aku boleh beri info sikit untuk dikongsi bersama. Yakjud dan Makjud merupakan dua kaum yang lahir hasil dari keturunan Nabi Nuh a.s. Yakjud (Gog) dan Makjud(Magog) adalah kaum yang banyak melakukan kemusnahan dan bencana didunia. Oleh yang demikian Allah swt memerintahkan supaya Zulkarnain untuk membuatkan sebuah tembok mengelilingi dua buah gunung yang dipercayai terletak di banjaran Kaukasus untuk menyempadankan dan mengurung kaum tersebut. Dengan kelebihan yang telah Allah swt berikan kepada Zulkarnain maka dengan bantuan bala2 tenteranya, Zulkarnain membina tembok yang disaluti dengan tembaga yang dileburkan sebagai tembok yang mengurung dua kaum tersebut. Hingga ke hari ini, masih lagi terdapat pelbagai hujah mengenai Zulkarnain, Yakjud dan Makjud.
Untuk cerita lanjut atau ape2 pertanyaan boleh la tanye ye... Mana yang aku tau aku jawab dan yang mana aku tak tau takkan la aku nak jawab. Takkan nak menipu dan reka2 fakta.
Tak baik....


Caption: Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain

Buku ni merukapan sebuah dokumentari mengenai kaji selidik tentang kesahihan yang mengatakan Iskandar bukan Zulkarnain. Iskandar dikatakan adalah Raja2 zaman dahulu kala dan Zulkarnain pula adalah lelaki yang disebut di dalam Al-Quran yang mengurung kaum Yakjud dan Makjud... Segalanya dikupas dalam buku ini...

No comments:

Post a Comment